Friday 26 August 2011

MOod RAya....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Arini dah last aku bekerja n petang ni dh mula nak bertolak balik ke kampong halaman yang tercinta(Kedah jelapang padi la mana lagi).
mood nak wat keja pn dh totally hilang n apa yang ada dalam mindaku ini hanyalah gambaran kampong halaman dan suami tercinta je.lain-lain sori to say tolong get lost from my mind ok..kihkihkih
(adakah suamiku pn berperasaan sepertiku iaitu tak sabar-sabar untuk bersua & bertentang mata denganku? Arap-arap dia pun sepertiku.maklum la dah 2 minggu lebih tak jumpa si jantung hatiJ)
Untuk pertama kalinya aku beraya sebagai seorang isteri bagi tahun 2011, aku akan beraya bersama MIL & adk-bradik suamiku yang seramai 9orang semuanya.insyaallah mungkin semua akan berkumpul kat umah MIL kot tahun ni.dengarnya abg Nasir( abg long suami tgl di Tg Malim) akan pulang sehari slps kepulangan aku.hehehe…sure meriah umah MIL aku coz abg Nasir dah ada 6orang cahaya mata( 5 lelaki 1 perempuan).semestinya meriahkan
Terbayang-bayang je aku suasana hari raya umah MIL.adakah sama seperti rumah aku?tapi apa yang akan aku jangkakan semestinya meriah yang berlipat ganda dari umah aku coz kat umah aku budak2 tak ramai.anak buah aku 3orang je tp tiap2 tahun sorang je yang ada lagi 2 orang jarang balik beraya Kedah.walau bagaimanapun suasana hari raya tetap terasa bangat..hehehe
Lambatnya aku rasa jam berputar hari ni..baru pukul 12 tengahari.5 jam lagi aku kena tunggu untuk beriringan pulang ke kampong bersama housemate aku Cik Noor Atifah Ishak.(penuh tu nama hang aku tarukJ)
Apa-apa pun aku sambung petang nnt insyaallah lau mood aku masih belum wujud.nampak gayanya pun macam memang mood aku hari ni sepenuhnya tak akan wujud.kihkihkih.aku dpt rasa mood aku tu dh menuju ke kampong halaman.hahaha…poyo betul.
Aku nak berehat sekejap dari melalut kat cni untuk kuar cuci mata & tambah imaginasiku  di luar kawasan opis(merayap la apa lagi.walaupun posa tp e2 bkn 1 alasan kn)
PEACE.......

No comments:

Post a Comment