Monday 11 June 2012

3 June 2012....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Hari ni genaplah 1 thn 1 minggu 1 ari usia perkahwinanku bersama en.Suami tercinta Mr.Roslan Nayan. Walaupun dah terlepas 8ari ulangtahun perkahwinan kami, tetapi aku tetap bersemangat nk menulis sepatah dua kata.hehehe..(mcm la ada yg special nk kongsi)
Actually utk thn pertama ulangtahun perkahwinan ni, kami berdua tdk berkesempatan meraikannya.... Walaupun jauh di sudut hati aku terasa cikit kekecewaan tetapi apakan daya kitaorg kesuntukkan masa pada hari tersebut.
Apa2 pun aku teramat berharap agar perkahwinan aku bersama suami akan kekal dunia akhirat & dimurahkan segala rezeki terutamanya rezeki anak:-)

Monday 21 May 2012

HObi bARu...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Hobi/Hobby..... Satu perkataan yg sinonim sewaktu zaman persekolahan dulu. Tambah-tambah lagi masa di bangku sekolah rendah. Tiap kali masuk thn baru utk satu2 sessi persekolah je, mst para guru akan srh anak murid mereka wat karangan ttg 'Hobi di Masa Lapang' , 'Percutian yang Menyeronokkan' dan pelbagai lagi topik2 menarik perlu di kupas oleh para pelajar.
Selepas tamat pengajian dan masuk plak alam pekerjaan ..aku dh kekurangan masa utk berhobi's bagai...hehehe. Bukan 24jam aku kesibukkan tp ada je aktiviti2/tugas yg dok menunggu dgn penuh tabah utk diselesaikan.
Actually hobi yang aku nk perkatakan ni bukanlah hobi yg aku lakukan..Hobi en.Suami tercinta laa. Maaf yer aku tak dpt nk luangkan masa utk berhobi's lg wat masa terdekat ni.hehehe....
Hampir 3 bulan aku tak blk kg halaman menjenguk org2 tersayang..senyap2 je dgr en.Suami dh ada hobi plak. Mungkin dia kesunyian kot..so en.Suami pn dengan senang ati nya dia membeli seekor burung kakak tua utk dijadikan binatang kesayangan & peneman di kala kesunyian...sopsopsop(siannya en.Suami yer)
Lau tak silap aku minggu lepas kot en.Suami beli Parrot spesis Sun Conure ni. Pas tu aku plak yg excited search & google bagai utk cari info2 berkaitan ngn spesis parrot tu.


Fizikal Sun Conure
Boleh dikatakan keseluruhan badan Sun Conure ini berwarna merah,oren& kuning. Namun pada sayapnya ada sedikit kehijauan. Purata berat burung ini hanyalah 100-120g.

Panjang
12 inci

Jantina
Tidak dapat ditentukan dengan tepat. Tetapi beberapa andaian dibuat ke atasnya. Sekiranya betina, ia mempunyai kepala yang bulat dan lebih kecil daripada jantan. Dan si jantan pula mempunyai kepala yang bersegi dan dahi yang lebih luas.

Asal
Sun Conure berasal dari Utara Brazil, Guyana & Venezuela.

Imej
Sun Conure adalah spesis burung yang menghiburkan & suka bermain. Ia boleh dilatih dengan mudah. Imej Sun Conure terserlah dengan kecomelan dan kenyaringannya.


Ini saja yang sempat aku google...so utk info yg lebih detail, tunggu next terbitan yer.hehehe.....

Saturday 24 March 2012

SaLAm 1 M'siA

                                                Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Arini aku berkesempatan sejenak utk meluahkan segala apa yg terpikir di minda aku...hehehe(byk la sgt yg nk di kongsi maklum la dh bertahun tak updateJ.)
Baru-baru ni bos aku dgn sukacitanya ingin meraikan kegembiraan dia bersama kitaorg(ABC Team).
Tahniah bos atas berita gembira yg diterima & thanks a lot sudi blanja kitaorg mkn2.
Tujuan mkn2 diadakan krn bos aku telah dinaikkan pangkat ke gred.... & beliau di sahkan pregnant ank ke-5. Tahniah bos...tahniah..nnt KPI bg lebih yerJ

                                                               Utk cuci mulut daa....


                                                     Antara menu yg ada...(mmg terbaiikkk)



Antara staff yg hadir(ABC Team)

Sekian dulu utk kali ini....kita jumpa the next episod yer...thanks sudi membacaJ