Monday 21 May 2012

HObi bARu...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Hobi/Hobby..... Satu perkataan yg sinonim sewaktu zaman persekolahan dulu. Tambah-tambah lagi masa di bangku sekolah rendah. Tiap kali masuk thn baru utk satu2 sessi persekolah je, mst para guru akan srh anak murid mereka wat karangan ttg 'Hobi di Masa Lapang' , 'Percutian yang Menyeronokkan' dan pelbagai lagi topik2 menarik perlu di kupas oleh para pelajar.
Selepas tamat pengajian dan masuk plak alam pekerjaan ..aku dh kekurangan masa utk berhobi's bagai...hehehe. Bukan 24jam aku kesibukkan tp ada je aktiviti2/tugas yg dok menunggu dgn penuh tabah utk diselesaikan.
Actually hobi yang aku nk perkatakan ni bukanlah hobi yg aku lakukan..Hobi en.Suami tercinta laa. Maaf yer aku tak dpt nk luangkan masa utk berhobi's lg wat masa terdekat ni.hehehe....
Hampir 3 bulan aku tak blk kg halaman menjenguk org2 tersayang..senyap2 je dgr en.Suami dh ada hobi plak. Mungkin dia kesunyian kot..so en.Suami pn dengan senang ati nya dia membeli seekor burung kakak tua utk dijadikan binatang kesayangan & peneman di kala kesunyian...sopsopsop(siannya en.Suami yer)
Lau tak silap aku minggu lepas kot en.Suami beli Parrot spesis Sun Conure ni. Pas tu aku plak yg excited search & google bagai utk cari info2 berkaitan ngn spesis parrot tu.


Fizikal Sun Conure
Boleh dikatakan keseluruhan badan Sun Conure ini berwarna merah,oren& kuning. Namun pada sayapnya ada sedikit kehijauan. Purata berat burung ini hanyalah 100-120g.

Panjang
12 inci

Jantina
Tidak dapat ditentukan dengan tepat. Tetapi beberapa andaian dibuat ke atasnya. Sekiranya betina, ia mempunyai kepala yang bulat dan lebih kecil daripada jantan. Dan si jantan pula mempunyai kepala yang bersegi dan dahi yang lebih luas.

Asal
Sun Conure berasal dari Utara Brazil, Guyana & Venezuela.

Imej
Sun Conure adalah spesis burung yang menghiburkan & suka bermain. Ia boleh dilatih dengan mudah. Imej Sun Conure terserlah dengan kecomelan dan kenyaringannya.


Ini saja yang sempat aku google...so utk info yg lebih detail, tunggu next terbitan yer.hehehe.....